Parlimen Zionis Usul Supaya Erdogan Dihukum

BAITULMAQDIS, 21 Dis 2017 — Parlimen Zionis, Knesset, malam tadi membahas usul yang dicadang oleh Ahli Parlimen parti Likud, Yehuda Glick, beserta wakil-wakil parti berhaluan ultra kanan supaya menghukum Presiden Turki, Receb Tayyib Erdogan, kerana mendukung isu Palestin dan membantah keputusan Amerika mengisythar Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

Kenyataan wakil Arab di Knesset, Ahmad Thaibi, mendedahkan bahawa anggota Knesset dari parti-parti Yahudi berhaluan ultra kanan meminta agar Presiden Turki serta negara Turki sendiri dihukum kerana masuk campur dalam urusan kedaulatan negara haram Zionis.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts