Parti Islam Nahdhah: Kemenangan Kami Adalah Kemenangan Palestin

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah di Gaza telah menghubungi Setiausaha Agung Parti Islam Nahdhah, Tunisia, Rasyid Al Ghanusyi melalui panggilan telefon untuk menyampaikan ucapan tahniah di atas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum pertama pasca Revolusi di Tunisia.

Dalam kesempatan itu Haniah mengatakan, bahawa dirinya sangat optimis terhadap masa depan Tunisia kelak akan cemerlang, menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perkara ini amat jelas dengan berjalannya pilihanraya secara adil sesuai dengan keinginan rakyat Tunisia yang merindukan kebebasan. Haniah kemudian menambahkan, bahawa perubahan yang terjadi di Tunisia saat ini akan memberikan perubahan yang lebih baik terhadap permasalahan Palestin dan nasib bangsanya.

Ghanusyi sendiri dalam responnya turut mengaitkan kemenangan partinya dengan Palestin, beliau mengatakan, “Sikap bertahannya para pejuang di Gaza benar-benar telah memberikan inspirasi terhadap bangkitnya umat di setiap tempat.”

Beliau kemudian menambahkan, “Saat ini kita sedang merayakan dua pesta besar; pertama terkait dengan pembebasan tawanan Palestin dari penjara Israel, dimana pihak penjajah  melutut mengalah dengan menerima permintaan dari bangsa Palestin. Dan yang kedua, berkenaan dengan kemenangan parti Islam Nahdhah dalam Pilihanraya UmumTunisia.”

Hasil terakhir dari pilihanraya tersebut menunjukkan, bahawa Parti Nahdhah memperolehi hampir setengah dari kerusi parlimen di Tunisia. (msy/itd/knrp/dkwtn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts