Parti Pemerintah Zionis Setuju Deraf Resolusi Serap Tebing Barat

NAZARETH, 1 Jan 2018 — Parti pemerintah Zionis hari ini meluluskan deraf resolusi bagi menyerapkan kawasan-kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis Timur, sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulat negara haram itu.

Keputusan tersebut dicapai dalam satu undian di persidangan Jawatankuasa Pusat Parti Likud, yang mempunyai 3,700 ahli. Ia akan dibawa ke parlimen Zionis untuk proses kelulusan.

Laporan media Zionis menyebut bahawa resolusi tersebut berbunyi, “50 tahun selepas pembebasan Judae dan Samaria [Tebing Barat] dan Jerusalem [Baitulmaqdis], ibukota abadi kita, Jawatankuasa Pusat Likud menyeru mereka yang dipilih sebagai pemimpin parti supaya berusaha mendapatkan kebebasan [membuat] pembinaan dan mengenakan undang-undang serta kedaulatan Israel ke atas semua kawasan-kawasan penempatan yang telah dibebaskan di Judae dan Samaria.”

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts