Pasukan bersenjata Zionis culik 24 penduduk Palestin, rampas wang dan kenderaan

RAMALLAH, 26 Feb 2019 — Tentera Zionis menculik 24 penduduk Palestin termasuk imam Masjid al-Aqsa dan kanak-kanak dari Tebing Barat malam tadi, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti menyerang kepentingan rejim penjajah.

Sejumlah besar wang tunai milik penduduk Palestin turut dirampas dari Ramallah dan al-Khalil.

Seramai enam orang diculik dari Beit Lahm termasuk Akram Mohammad Da’dou, Mohammad Ja’far Da’dou, Radi Salah Taqatqa, Mohsin As’ad Thawabta dan Yousef Kawazba. Tujuh yang lain diculik dari Nablus, iaitu Mohammad Fayez Shouli, 20, Bassam Hamed Shouli, 38, Fares Bassam Shouli, 30, Mohammad Ahmad Sawalma, 32, Muthanna Ehsan Arab, 36, Issam Walid Ghannam, 24, dan Mahmoud Nayef Silwadi, 33.

Sementara di Tubas, puluhan anggota tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah sebuah rumah penduduk, dan beredar setelah menangkap Samer Sameeh Sawafta, 39, Rayeq Sadeq Bisharat, Bassem Thieb Sawafta, dan dua anak lelakinya Mohammad dan Qassam.

Tentera Zionis turut menculik tiga orang dan merampas tiga buah kenderaan dari al-Khalil.

Sementara polis Zionis menculik empat yang lain iaitu Ahmad Jawad Othman, 14, Mahmoud Khaled Damdoum, Zayd Nabil al-Musalma, 21, dan Muad Yousef Tabish dalam operasi di Abu Dis dan al-Eizariya di kota Baitulmaqdis.

Juga di Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ra’ed Da’na, ketika sedang berjalan berdekatan rumahnya. Dua hari lalu, polis Zionis mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Pertempuran tercetus di Qalqilya selepas tentera Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menginterogasi penduduk.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts