Pasukan keselamatan PA bunuh remaja Palestin

JENIN, 8 Jun 2016 (PIC) — Remaja Palestin Adel Jaradat, 19, ditembak mati oleh pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di barat kota Jenin malam tadi.

Mangsa ditembak dalam satu operasi mencari mereka yang dikehendaki di bandar Silat Harthiya. Namun Adel bukanlah salah seorang daripada mereka, menyebabkan penduduk marah dan mencetuskan ketegangan.

Kenyataan PA menyebut bahawa Adel ditembak secara tidak sengaja.

Pasukan keselamatan PA sering menjalankan operasi menyerbu dan mencari di bandar tersebut, terutamanya pada awal pagi, atas alasan untuk menangkap orang-orang yang dikehendaki.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts