JENIN, 17 Jun 2016 (Maan) — Pertempuran sengit tercetus sepanjang malam hingga Subuh tadi di kem pelarian Jenin apabila pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyerbu masuk kem tersebut dan melepaskan tembakan sebelum menangkap pemimpin Jihad Islami, Sheikh Mahmoud al-Saadi.
Suasana menjadi tegang apabila pasukan PA menangkap Sheikh Mahmoud ketika beliau menyertai perarakan menyambut Yahya al-Saadi, anak kepada pemimpin Jihad Islami Sheikh Bassam al-Saadi, yang baharu dibebaskan dari penjara.
Pertempuran tercetus selepas Sheikh Mahmoud ditangkap, dan berlarutan sehingga waktu Subuh.
Beberapa penduduk mengalami sesak nafas apabila pasukan PA tersebut melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Pasukan PA berundur dari kem setelah menutup laluan masuk, sekaligus menghalang penduduk kembali ke rumah mereka.