Pasukan Khas Tentera Zionis Ceroboh Masuk Al-Aqsa

aqsaAL-QUDS, 22 Feb 2015 (Palinfo) — 42 orang pegawai dari pasukan khas tentera Zionis menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa dan meninjau kawasan sekitar masjid, khususnya di tempat yang menjadi pertembungan ketika beberapa orang pegawai tentera Zionis memberikan penerangan yang mengaitkan tempat tersebut dengan kepercayaan Talmud.

Yayasan Wakaf dan Warian al-Aqsa memberi amaran terhadap pencabulan yang berulang kali ke atas masjid suci itu dan melahirkan kebimbangan di atas peningkatan kes tersebut sejak kebelakangan ini. 25 orang ahli pasukan khas tersebut juga telah membuat pencerobohan ke kawasan yang sama pada hari Selasa lalu.

Pemimpin Pergerakan Islam 1958, Sheikh Raed Salah, dalam kenyataan media beliau menyebut bahawa tentera Zionis sedang merancang satu “kejadian yang serius” ke atas masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts