Pasukan khas tentera Zionis tangkap kanak-kanak sekolah

RAMALLAH, 22 Jan 2018 — Pasukan khas berpakaian preman tentera Zionis menangkap tiga kanak-kanak dari Sekolah Kafr Malik di timur Ramallah tengahari tadi.

Kanak-kanak terbabit, yang berumur dari 7 hingga 10 tahun, cuba dibawa lari ke arah laluan pintas berdekatan bandar Kafr Malik, tetapi sempat disekat dan dibebaskan oleh sekumpulan wanita Palestin.

Mangsa-mangsa ditangkap ketika sedang menunggu bas pulang ke rumah. Pihak tentera mendakwa mereka telah membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts