Pasukan Tentera Telah Menangkap 7 Warga Palestin

Tebing Barat, 19/1/12 – Pada awal pagi hari ini,  tentera zionis telah melancarkan satu serangan berupa serbuan di bandar-bandar dan pekan sehingga membabitkan penangkapan 7 warga Palestin. Mereka juga telah menyerbu beberapa buah rumah di kawasan perumahan ‘Madinah al-khalil’ iaitu Kota Hebron. Mereka juga telah mengadakan beberapa pemeriksaan di pintu masuk madinah al-khalil.

Akhbar Zionis melaporkan bahawa tentera-tentera itu sebenarnya telah menangkap 5 orang warga Palestin kerana mereka memerlukan penduduk-penduduk itu. Beliau menegaskan bahawa, dua orang telah ditangkap di Ramallah dan tiga lagi di bandar Bethlehem.

Dalam masa yang sama, tentera-tentera tersebut juga telah memulakan serbuan dengan menyiasat beberapa buah rumah yang teletak di Madinah al-khalil  secara berturut-turut. Mereka telah melakukan serbuan di sebuah rumah seorang penduduk Palestin yang dikenali sebagai Syadi Nabil Sidr di jalan air terjun, di Madinah Al-khalil, dan juga sebuah rumah kepunyaan penduduk di situ yang secara kebetulannya sedang berjalan-jalan di kawasan rumahnya.

Menurut laporan dari wartawan akhbar Palestin, pihak tentera itu juga telah menceroboh bandar Yatta serta menjalankan operasi serbuan dan siasatan di beberapa buah rumah di situ. Di antara rumah yang menjadi sasaran ialah rumah seorang penduduk yang bernama Mohammed Hussein Amour(42). Mereka melakukan siasatan serta mendapati seorang lelaki berumur 20 tahun yang merupakan anak Amour lalu terus menangkapnya tanpa rasa belas kasihan. Pihak wartawan Palestin turut menambah bahawa mereka berdua ini telah di bawa ke satu tempat yang tidak diketahui.

Dalam pada itu, mereka juga telah menyerbu beberapa buah bandar di wilayah al-khalil, antaranya, bandar Na’iem, Idznan, Beit ‘Awa dan Halhoul  serta turut melakukan beberapa sekatan di pintu masuk selatan Madinah al-khalil  sambil mengarahkan beberapa tentera lain untuk melakukan pemeriksaan di situ. Mereka menamakan halangan ini sebagai Saddatul Fahsi (sekatan pemeriksaan)  bersempena dengan halangan tersebut, sebahagian yang lain menamakannya sebagai Muthallatul Fawwar (pemeriksaan tiga penjuru).

 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zulkarnain bin Ahmad
Sumber :  palestine-info

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts