PBB akan senarai nama syarikat yang beroperasi di kawasan penempatan haram

BEIT LAHM, 13 Sep 2017 — Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) akan menyiarkan senarai syarikat yang beroperasi di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Bukit Golan, walaupun mendapat tekanan daripada Amerika dan rejim Zionis.

Senarai penuh syarikat-syarikat terbabit akan disiarkan pada bulan Disember, melibatkan syarikat-syarikat besar dari Amerika.

Antara syarikat antarabangsa yang terlibat termasuklah Coca-Cola, TripAdvisor, Airbnb, Priceline, Caterpillar dan syarikat gergasi farmaseutikal Teva.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts