PBB: Gaza lalui krisis kemanusiaan yang mengerikan

GAZA, 21 Mei 2017 (PIC) — Penyelaras kemanusiaaan PBB di Palestin, Robert Piper, berkata Gaza sedang melalui krisis kemanusiaan yang mengerikan sejak pertengahan bulan April lalu apabila stesen janakuasa elektrik tidak dapat beroperasi kerana masalah bekalan minyak.

“Sejak pertengahan April, grid elektrik membekal kuasa pada kadar berubah-ubah antara 100 hingga 150Megawatt. Bermakna kebanyakan rumah dan perkhidmatan di Gaza menerima bekalan elektrik paling lama selama empat jam, diikuti dengan 12 jam tanpa elektrik,” kata Piper dalam kenyataan media beliau.

“Bekalan elektrik di Gaza dalam keadaan kronik sekurang-kurangnya sejak sedekad. Kita kini di penghujung minggu kelima di mana krisis yang kronik ini menjadi sangat meruncing. Bekalan elektrik seumpama ini membawa kesan yang dahsyat kepada bekalan air bersih, operasi merawat dan mengurus kumbahan, perkhidmatan kesihatan, perniagaan, sekolah, dan banyak lagi.”

Beliau menjangkakan keadaan akan menjadi semakin kritikal minggu depan, dan menyeru Pihak Berkuasa Palestin (PA), penjajah Zionis dan Hamas menunaikan tanggungjawab mereka ke atas penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts