PBB: Gaza tidak layak didiami

GAZA, 12 Julai 2017 (PIC) — Koordinator PBB bagi Hal Ehwal Kamanusiaan di Palestin, Robert Piper, mengeluarkan amaran bahawa wilayah Gaza sedang menuju kepada keadaan tidak layak untuk didiami berikutan masalah kemanusiaan yang merosot secara drastik di seluruh lapisan dua juta penduduknya.

Dalam satu wawancara semalam, Piper menyatakan bahawa laporan PBB bertajuk “Gaza Setelah 10 Tahun [dikepung]” bahawa semua indikasi yang ada menunjuk ke “arah yang salah”, di mana perkhidmatan bantuan kesihatan, tenaga elektrik dan air semuanya turun secara drastik.

Laporan PBB pada tahun 2012 menyebut bahawa Gaza mungkin tidak layak didiami menjelang tahun 2020 sekiranya sekatan yang dikenakan sejak tahun 2016 tidak dilonggarkan. Namun indikasi semasa membayangkan keadaan tersebut akan tiba lebih awal.

Menurut PBB lagi, sekiranya bekalan elektrik hanya selama dua jam berterusan sebagaimana berlaku sejak dua minggu lalu, kadar pengangguran di kalangan pemuda mencecah 60%, dan pesakit tidak mendapat rawatan, ia menunjukkan Gaza telah pun berada di bawah tahap minima untuk layak didiami.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts