PBB lantik Duta Zionis sebagai Ketua Jawatankuasa Undang-undang

BEIT LAHM, 14 Jun 2016 (Maan) — Buat pertama kali dalam sejarah, Duta Zionis ke PBB dilantik menjadi Ketua Jawatankuasa Undang-undang. Perlantikan itu dibuat hanya beberapa hari selepas PBB menyelar polisi hukuman secara kolektif oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Duta Danny Danon dipilih mengetuai Jawatankuasa Keenam, iaitu jawatankuasa utama bagi membincangkan undang-undang antarabangsa, dalam perhimpunan agung PBB yang akan datang.

PBB sebelum ini menyelar rejim Zionis yng mengamalkan hukuman kolektif ke atas penduduk Palestin, termasuk menahan jenazah, membunuh suspek tanpa bukti, mengepung bandar-bandar dan memusnahkan rumah keluarga suspek. Hukuman tersebut memberi kesan kepada ribuan penduduk Palestin yang tidak ada kaitan langsung dengan para suspek.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts