PBB puji inisiatif perdamaian Hamas

GAZA, 17 Sep 2017 — Koordinator Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov, memuji keputusan Hamas untuk membubar Jawatankuasa Pentadbiran di Gaza dalam inisiatif mereka menyatukan penduduk Palestin.

Dengan pembubaran yang diumumkan pagi tadi, Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan mengambil alih semua urusan pentadbiran di Gaza. Jawatankuasa Pentadbiran tersebut dibentuk pada bulan Mac lalu.

Hamas turut menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihanraya dan rundingan ke arah membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Mladenov dalam kenyataan beliau menyeru semua pihak mengambil kesempatan untuk bersatu dan membuka lembaran baharu bagi bangsa Palestin. “PBB sentiasa bersedia untuk membantu semua usaha dalm perkara ini,” kata beliau.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts