AL-QUDS, 20 Julai 2016 (PIC) — Beberapa kumpulan pegawai perisik Shin Bet dan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis pagi tadi.
Mereka masuk melalui pintu al-Magharebah dan meninjau perkarangan tapak suci umat Islam itu.
Terdahulu, kumpulan lain seramai 12 pendatang Yahudi turut menceroboh masuk dan cuba melakukan ritual di situ, sehingga mencetuskan ketegangan dan kemarahan para jemaah.
Seorang pemuda Palestin ditahan oleh polis Zionis di perkarangan masjid, kemudian dibebaskan selepas disoal siasat.