Pegawai tentera PA dihukum penjara 12 bulan kerana mengkritik Presiden Abbas

RAMALLAH, 12 Okt 2016 (Maan) — Sebuah mahkamah tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan menggantung tugas pegawai perhubungan kanan tenteranya, Osama Mansour, kerana mengkritik Presiden Mahmoud Abbas yang menghadiri majlis pengkebumian Shimon Peres.

Osama dituduh “melanggar arahan” setelah ditahan pada 1 Oktober lalu kerana merayu, melalui laman Facebook beliau, supaya Presiden Abbas menimbang semula keputusanya untuk menghadiri majlis tersebut.

Dalam tulisan beliau, Osama menyifatkan Peres sebagai pengasas kepada aktiviti penemapatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts