Peguam dilarang melawat tahanan Musalam di hospital

RAMALLAH, 19 Mei 2016 (PIC) — Pihak penjara rejim Zionis tidak membenarkan peguam Persatuan Tahanan Palestin (PSS) melawat tahanan Sa’ied Musalam yang dimasukkan ke Hospital Soroka setelah mengalami serangan angin ahmar di penjara Negev dua hari lalu.

Pihak Zionis mempertikai kuasa atau hak peguam yang cuba membuat lawatan tersebut. PPS bagaimanapun mengecam tindakan rejim, mendakwa ianya sebahagian daripada polisi Zionis untuk memberi tekanan kepada para tahanan, keluarga dan peguam mereka.

Sa’ied yang berasal dari perkampungan Talfit di daerah Nablus sedang menjalani hukuman penjara selama 16 tahun.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts