Peguam Palestin dihukum penjara lebih 13 tahun

BAITULMAQDIS, 31 Jul 2019 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dan enam bulan ke atas peguam Palestin, Tareq Barghouth.

Peguam dari Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin itu dihukum hanya dengan berdasarkan tuduhan palsu untuk memaksa beliau mengaku terlibat dalam operasi serangan menembak.

Beliau ditangkap pada 27 Februari 2019, sebelum isteri dan adiknya juga ditangkap, untuk memberi tekanan kepadanya.

Dalam satu perkembangan lain, pihak perisikan Zionis memindahkan tahanan wanita Shurouq al-Badan, 25, di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan mahupun pertuduhan. Beliau diculik dari rumahnya di bandar Tequ di wilayah Beit Lahm pada awal pagi 15 Julai, dan dikurung di pusat interogasi Etzion sebelum dipindahkan ke penjara Sharon. Shurouq kemudian dipindahkan ke bilik kurungan kecil di penjara Ramon.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts