RAMALLAH, 18 Apr 2017 (PIC) — Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan bersama Persatuan Tahanan Palestin mengumumkan bahawa peguam-peguam pertubuhan bagi tahanan Palestin akan memboikot mahkamah Zionis mulai Rabu depan.
Keputusan tersebut dibuat kerana membantah tindakan rejim Zionis mengenakan hukuman punitif, termasuk memisahkan para tahanan yang mogok lapar, menghalang mereka berjumpa peguam, menafikan hak keluarga untuk melawat dan merampas barangan peribadi.