Peguam Tareq Barghouth Dibebas Dengan Ikat Jamin

RAMALLAH, 2 Dis 2015 (Maan) — Peguam hak asasi Palestin, Tareq Barghouth, yang ditangkap oleh tentera Zionis semalam dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,500) oleh Mahkamah Majsitret Al-Quds.

Pertuduhan ke atas Tareq masih tidak diketahui, tetapi beliau diharamkan mengguna Facebook untuk tempoh selama tiga hari.

Tareq merupakan peguam kepada Ahmad Manasra, 13 tahun, yang dituduh cuba membunuh dua kanak-kanak Yahudi dengan menikam mereka pada 12 Oktober lalu. Sepupu Ahmad, Hassan, 15 tahun, ditembak mati di tempat kejadian oleh tentera Zionis. Kes ini dijangka mendapat perhatian pengamal guamanĀ hak asasi kerana pemimpin Zionis berusaha untuk mengenakan undang-undang yang ketat berkaitan hukuman ke atas kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts