Peguam Tareq Barghouth Ditangkap Di Al-Quds

AL-QUDS, 2 Dis 2015 (IMEMC) — Tentera Zionis semalam menangkap peguam Jawatankuasa Tahanan Palestin, Tareq Barghouth, selepas mengarahkan beliau hadir untuk disoal siasat.

Beliau dilaporkan ditahan dibawah tempoh interogasi selama 24 jam, yang kemungkinan besar akan dilanjutkan. Beliau dituduh mencetus “hasutan melalui Facebook.”

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Daerah Al-Quds pada hari ini, di mana keputusan akan dibuat samada untuk membebaskan atau terus menahan beliau di bawah alasan keperluan interogasi.

Tareq sebelum ini menyangkal dakwaan rejim Zionis bahawa mereka memberi makan kepada tahanan kanak-kanak, Ahmad Manasra, pada bulan Oktober lalu. Beliau turut mengecam tindakan Zionis merakam secara rahsia keadaan kanak-kanak tersebut di atas katil hospital, dengan tidak menunjukkan realiti sebenar yang berlaku. Rejim Zionis menerbitkan rakaman video tersebut, kononnya seorang pegawai keselamatan sedang menyuap makanan kepada kanak-kanak tersebut. Padahal orang yang menyuap kanak-kanak tersebut adalah sebenarnya peguam Tareq Barghouth, dalam keadaan tangan Ahmad Manasra digari pada besi katil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts