Peguam Zionis saman Facebook US$1 bilion

BEIT LAHM, 13 Julai 2016 (Maan) — Seorang peguam Zionis memfailkan saman bernilai US$1 bilion terhadap Facebook Inc. atas dakwaan syarikat tersebut membenarkan aktivis Hamas menggunakan laman media sosialnya untuk merancang dan melakukan serangan ke atas sebuah keluarga yang berkerakyatan dua-negara Amerika dan “Israel.”

Peguam Nitsana Darshan-Leitner mewakili lima keluarga Amerika yang mana empat anak mereka terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan berasingan di dalam wilayah negara haram itu dan juga Tebing Barat, yang didakwa sebagai angkara serangan Hamas.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Daerah Amerika di Daerah Selatan New York pada 10 Julai lalu.

Facebook didakwa secara sengaja menyokong Hamas dengan membenarkan lamannya digunakan sebagai alat untuk berkongsi maklumat operasi dan taktikal serta perkhidmatan komunikasi kepada Hamas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts