Pekan Qabatiya dikepung dua hari berturut-turut

JENIN, 23 Feb 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi mengetatkan lagi kepungan ke atas pekan Qabatiya di selatan Jenin, yang telah berterusan sejak dua hari berturut-turut.

Tentera memperhebat kerahan di kawasan tinggi dan kebun-kebun zaitun di kawasan al-Habsa di pekan Qabatiya. Semua jalan utama ditutup dengan sekatan timbunan-timbunan tanah, dan bilamana penduduk membersihkan sekatan tersebut tentera Zionis akan membina semula sekatan baharu.

Tindakan tentera penjajah ini mencetuskan pertempuran dengan para pemuda Palestin pagi tadi.

Awal Februari lalu tentera Zionis mengepung Qabatiya selama lima hari, di mana sepanjang tempoh tersebut mereka telah menceroboh masuk rumah-rumah penduduk dan membuat tangkapan, sebagai hukuman ke atas penduduk di situ kerana tiga orang pemuda mereka dituduh membuat serangan menembak dan menikam di al-Quds.

Sekatan terbaharu ini dibuat berikutan insiden seorang pemuda dari kawasan tersebut dibunuh oleh askar Zionis Ahad lalu selepas dituduh cuba menikam Yahudi di persimpangan Beita di bandar Huwara, selatan Nablus.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts