Pekerja Palestin cedera ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 14 Ogos 2017 — Seorang pekerja Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis selepas dikejar berdekatan pagar sempadan di kawasan Wadi Abu al-Hummus di pinggir bandar Dar Salah di timur Beit Lahm.

Anas Hijazi, 25, ditembak dengan peluru hidup di bahagian kakinya. Beliau dikejarkan dengan ambulan Bulan Sabit Merah Palestin ke Hospital Beit Jala dalam keadaan peluru menembusi tulangnya.

Pekerja-pekerja Palestin sering melalui kawasan Wadi al-Hums di timur Beit Lahm untuk menuju ke tempat kerja mereka di kota al-Quds.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts