Pekerja Palestin cedera ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 10 Okt 2016 (PIC) — Seorang pekerja Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis di perkampungan Dar Salah di timur Beit Lahm, ketika cuba melintasi pagar kawat berduri untuk pergi ke tempat kerja beliau di al-Quds pagi tadi.

Pasukan Bulan Sabit Merah tiba di tempat kejadian dalam keadaan pekerja tersebut dibiarkan terbaring di atas tanah dan berlumuran darah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Beit Jala untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat tembakan peluru hidup di bahagian kakinya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts