Ringkasan

Pekerja Palestin cedera ditikam pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 17 Sep 2020 — Seorang pekerja Palestin cedera ditikam oleh sekumpulan pendatang Yahudi berdekatan tempat kerjanya di Wilayah Palestin 1948.

Issa Abu Halil, 30, yang berasal dari bandar Dura di al-Khalil ditikam di leher dan beberapa bahagian lain badannya. Beliau dimasukkan ke Hopital Ashdod.

Keganasan pendatang Yahudi ke atas penduduk Arab atau harta mereka dalam Wilayah Palestin 1948 berlaku setiap hari. Namun rejim penjajah tidak menangani masalah jenayah seperti itu, bahkan pihak polis tidak menyiasat jenayah yang melibatkan penduduk Arab sebagai mangsa.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts