Pekerja Palestin Diharamkan Memasuki Blok Penempatan Yahudi

BETHLEHEM, 23 Nov 2015 (Maan) — Rejim Zionis mengharamkan pekerja Palestin daripada memasuki blok penempatan haram Yahudi di Gush Etzion selepas seorang wanita Yahudi dibunuh di kawasan tersebut semalam.

Dengan pengharaman tersebut, sekitar 2,000 penduduk Palestin yang bekerja di kawasan penempatan haram di selatan Bethlehem, melibatkan blok Gush Etzion, Efrat dan Beitar Ilit, akan terjejas.

Ahad lalu, lelaki Palestin Issa Thawabta ditembak mati oleh tentera Zionis selepas beliau disyaki menikam mati seorang wanita pendatang Yahudi berdekatan blok Gush Etzion, yang menempatkan lebih 90,000 pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts