Pekerja Palestin ditangkap kerana ucapan “Selamat Pagi” di laman Facebook

AL-QUDS, 22 Okt 2017 — Akibat terlalu bergantung kepada perisian yang menterjemah secara otomatik, polis Zionis telah menangkap seorang pekerja Palestin kerana tulisannya di laman Facebook diterjemah secara salah.

Minggu lalu, mangsa memaparkan foto di mana beliau bersandar pada sebuah buldozer di tapak pembinaan tempat beliau bekerja di kawasan penempatan haram Beitar Ilit, dengan keterangan “Selamat Pagi” dalam bahasa Arab. Keterangan tersebut diterjemah sebagai “Serang Mereka” dalam bahasa Ibrani dan “Cederakan Mereka” dalam bahasa Inggeris.

Beliau bagaimanapun dibebaskan beberapa jam kemudian setelah pegawai polis menyedari kesilapan terjemahan tersebut.

Rejim Zionis telah menggubal undang-undang membenarkan aktivis media sosial ditangkap. Sejak awal tahun ini ratusan penduduk Palestin ditangkap atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook, walaupun hanya berdasarkan kepada sangkaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts