Pekerja Palestin pengsan kelemasan ketika menunggu di sekatan tentera

BEIT LAHM, 6 Mac 2018 — Seorang pekerja Palestin jatuh pengsan ketika menunggu di koridor sekatan tentera “Checkpoint 300” di kota Beit Lahm, yang penuh sesak dengan ratusan pekerja menunggu untuk melintas ke tempat kerja mereka sebelum Subuh pagi tadi.

Rakaman video menunjukkan para pekerja melangkah mangsa yang sedang terbaring, sebelum beliau di bawa ke hospital.

Awal pagi setiap hari, ratusan pekerja Palestin terpaksa menunggu selama lebih dua jam di Checkpoint 300, salah satu laluan untuk ke Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Mereka terpaksa melalui sekatan pintu “turnstile” dan alat pengesan logam, di samping pemeriksaan kad pengenalan dan permit kerja.

(Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts