Pelajar al-Nukhba terpaksa teruskan persekolahan di jalanan

AL-QUDS, 5 Mac 2017 (Silwanic) — Rejim Zionis menutup sekolah rendah al-Nukhba di perkampungan Sur Baher sejak Khamis lalu, memaksa para pelajar menuntut ilmu di jalanan sekitar sekolah mereka itu.

Sekolah swasta elit khas untuk pelajar lelaki itu mula dibuka pada sesi persekolahan 2016 pada bulan September lalu, di mana seramai 230 pelajar mendaftar. Kementerian Pendidikan Zionis telah memeriksa kurikulum sekolah dan melawat pelajar, guru serta staf sekolah, memeriksa bilik darjah serta bangunan. Semuanya didapati memenuhi syarat.

Bagaimanapun sejak Khamis lalu, rejim Zionis mengarahkan sekolah terseut ditutup atas alasan sekolah tersebut mengancam rejim Zionis dan mengamal falsafah Hamas.

Bermula hari ini, mereka terpaksa meneruskan persekolahan di jalanan bagi minggu kedua.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts