Pelajar cedera ditembak, puluhan lagi sesak nafas dekat Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 6 Sep 2016 (PIC) — Pertempuran tercetus di antara tentera Zionis dan penduduk serta pelajar Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi di selatan al-Khalil.

Sekurang-kurangnya seorang pelajar cedera ditembak dengan peluru getah manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas apabila tentera melepaskan bom gas pemedih mata dengan banyaknya di kawasan sebuah sekolah.

Pertempuran tercetus apabila tentera penjajah menghalang laluan para pelajar di sekatan tentera Abu Rish, tidak jauh dari Masjid Ibrahimi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts