Pelajar dan guru cedera diserang tentera Zionis

AL-KHALIL, 17 Sep 2018 — Puluhan pelajar dan seorang guru cedera apabila tentera Zionis memecah masuk sebuah sekolah rendah di kota al-Khalil dan melepaskan tembakan bom gas pemedih mata.

Guru terbabit, Amjad Tanneena, beserta beberapa pelajar yang cedera terpaksa dikejarkan ke hospital-hospital sekitar al-Khalil.

Insiden yang sama telah berlaku di sekolah tersebut minggu lalu, di mana seorang guru cedera dipukul oleh tentera Zionis dan sebilangan pelajar cedera sesak nafas.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts