Pelajar Palestin akan dipaksa guna kurikulum Zionis

BAITUL MAQDIS, 29 Mei 2017 (IMEMC) — Kabinet Zionis semalam meluluskan rancangan menggiatkan usaha Yahudisasi di timur Baitul Maqdis dengan memaksa sekolah menggunakan kurikulum dan buku terbitan Zionis, kononnya untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Arab.

Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, dan Menteri Hal Ehwal Baitul Maqdis dan Warisan, Zeev Elkin, dalam mesyuarat kabinet Zionis Ahad lalu mengumumkan rancangan lima tahun bagi memaksa semua sekolah Palestin di timur Baitul Maqdis menukar kurikulum mereka kepada kurikulum Zionis. Dengan rancangan itu, pelajar akan menduduki dua peperiksaan serentak. Sebagai imbuhan, pihak rejim akan memberi insentif ekonomi kepada sekolah terbabit.

Rancangan tersebut dilihat sebagai langkah menanam pemikiran penjajah dan melenyapkan identiti Palestin di Baitul Maqdis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts