Pelajar Palestin di al-Quds dipaksa guna kurikulum Zionis

AL-QUDS, 5 Sep 2017 — Guru-guru di tiga buah sekolah Arab di kota al-Quds melancar mogok bagi membantah paksaan menggunakan kurikulum Zionis dan keadaan infrastruktur yang usang akibat sekatan pihak berkuasa tempatan Zionis.

Rejim Zionis memaksa sekolah terbabit, setiap satu di Silwan, al-Issawiya dan Shuafat, menggunakan kurikulum mereka sejak empat tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, pengetua sekolah di al-Issawiya dipecat kerana enggan menggunakan kurikulum tersebut.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts