Pelajar Perempuan Dibebaskan Setelah Dipenjara Hampir Setahun

QALQILYA, 2 Jan 2018 — Pelajar Marah al-Ju’aidi akhirnya dibebaskan semalam setelah dikurung dalam penjara selama hampir setahun.

Pelajar perempuan yang berasal dari Qalqilya itu ditangkap pada 29 Januari 2017 atas tuduhan cuba membuat serangan menikam. Selepas ditangkap, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak 5,000 shekel (RM5,900).

Mahkamah Zionis telah mengadakan 14 sesi perbicaraan sebelum hakim akhirnya membebaskan beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts