Pelajar sekolah cedera diserang tentera Zionis

AL-KHALIL, 19 Sep 2018 — Puluhan pelajar cedera apabila pasukan tentera Zionis mengepung dan menyerang Sekolah Lelaki al-Nahda dan Sekolah Rendah Tareq Bin Ziad di selatan al-Khalil dengan tembakan gas pemedih mata pagi tadi.

Sebelumnya, tentera Zionis menyerbu kawasan berdekatan kawasan sekolah-sekolah tersebut dan menghalang para pelajar yang sedang menuju ke sekolah, sehingga mencetus pertempuran.

Puluhan pelajar dan penduduk setempat cedera sesak nafas dan dirawat di tempat kejadian. Kelas pengajaran di kedua-dua sekolah tersebut turut terganggu.

Terdapat 11 buah sekolah di selatan kota al-Khalil, di mana tentera Zionis sentiasa mengganggu pelajar dan menahan mereka.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts