Pelakon dan Pengarah Filem Arab Israel Seru Boikot Israel

“Filem Israel dan penerbit filem Israel harus diboikot dan tidak diundang ke festival antarabangsa,” demikian kenyataan pelakon dan pengarah dilem berbangsa Arab Israel, Mohammad Bakri kepada akhbar Star Turki baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Bakri berkata semenjak penerbitan filem dokumentarinya yang mencetuskan kontroversi “Jenin, Jenin” , beliau telah menerima tekanan politik dan ekonomi di Israel, malahan menambah bahawa beliau digambarkan sebagai pengkhianat.

“Sulit untuk kita mengatasi pendapat awam di Israel dengan fakta, kerana masyarakat (Israel) adalah pendusta,” kata Bakri lagi.

Namun, Bakri mengatakan dia tidak bercadang untuk meninggalkan Israel. “Israel adalah tanah air saya.Saya sedar Israel melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Filem saya mendedahkan luahan fikiran saya terhadap pendudukan Israel.”

Bakri juga berbicara tentang hubungan Israel dengan Turki. Menurut pelakon dan pengarah filem tersebut, Turki harus memutuskan semua hubungan dengan Israel dan bersatu dengan memboikot ekonomi terhadap negara Yahudi.

Sumber di Kementerian Luar Negeri Israel menuduh Bakri sebagai hipokrit sebagai respon kenyataan Bakri terhadap Israel. (ynet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts