Pelampau wanita Yahudi akan berarak di Kota Lama Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 16 Julai 2018 — Kumpulan pelampau wanita Yahudi, Woman in Green, akan melakukan perarakan di waktu malam di Kota Lama Baitulmaqdis bagi merayakan hari ulang tahun Tisha Be’Av.

Perarakan tersebut akan dibuat pada 21hb Julai, dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan Zionis termasuk Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Ze’ev Elkin.

Tisha Be’Av dianggap sebagai hari paling sedih dan malang bagi kaum Yahudi, dan ia disambut kononnya bagi memperingati peristiwa pemusnahan Kuil Pertama oleh tentera Babylon dan Kuil Kedua oleh tentera Roman.

Kementerian Luar Negeri Palestin mengecam rancangan perarakan itu dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada usaha Yahudisasi ke atas kota suci, yang mendapat galakan dari pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis oleh Pesiden Amerika.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts