Pelampau Yahudi Bakar Tuaian Gandum Petani Palestin

RAMALLAH, 29 Julai 2015 (IMEMC) — Sekumpulan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke ladang milik petani Palestin di pekan Turmus Arya di utara Ramallah, dan membakar gandum yang telah dituai dan siap untuk dikisar dan diproses.

Tentera Zionis dilaporkan tiba di tempat kejadian dan memerhati apa yang dilakukan oleh pelampau yang berasal dari koloni Adi Ad, sebuah penempatan haram yang dibina di atas tanah persendirian rakyat Palestin.

Puluhan serangan seperti ini dilakukan ke atas tanaman dan kebun milik rakyat Palestin, di samping merosakkan harta milik petani dan kemudahan awam seperti masjid, gereja mahupun tanah perkuburan.

Tentera Zionis lazimnya tidak membuat penyiasatan yang sewajarnya dalam kes jenayah yang dilakukan oleh pelampau Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts