AL-QUDS, 14 Ogos 2016 (PIC) — Ratusan pendatang dan pelampau Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis dan tentera Zionis lewat malam tadi berarak menuju ke Kota Lama al-Quds melalui Pintu Damaskus dan Pintu az-Zahra bagi memperingati perayaan Tisha B’av, iaitu apa yang mereka percaya sebagai peristiwa sedih “Perobohan Kuil Sulaiman.”
Pasukan keselamatan Zionis juga telah mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga bagi memberi laluan kepada pencerobohan secara besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa pada pagi ini. Beberapa laluan di Kota Lama ditutup.