Pelampau Yahudi berkahwin di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Apr 2016 (PIC) — Pertubuhan pelampau Yahudi yang memacu agenda membina kuil Yahudi di atas runtuhan Masjid al-Aqsa, The Temple Institute, mengaku bahawa mereka telah mengadakan satu majlis perkahwinan Yahudi di masjid suci itu secara rahsia beberapa hari lalu.

Rabbi Chaim Richman yang mengurus aktiviti pertubuhan tersebut di peringkat antarabangsa, mendakwa beliau telah memenuhi permintaan satu pasangan Yahudi untuk berkahwin di situ. Semua mereka yang terlibat diminta supaya merahsiakan majlis tersebut, yang kononnya dilaksana mengikut hukum agama Yahudi dan undang-undang negera haram Zionis itu.

The Temple Institute dalam kenyataannya menyebut bahawa majlis tersebut merupakan satu kejayaan besar bagi mereka. “Perkahwinan di Masjid al-Aqsa merupakan majlis yang unik dalam sejarah sejak Kuil dimusnahkan 2,000 tahun lalu.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts