Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa, Penduduk Islam Dihalang Masuk

AL-QUDS, 8 Dis 2015 (Maan) — Lebih 40 pelampau Yahudi menceroboh masuk dan meninjau kawasan Masjid Al-Aqsa awal pagi ini, sementara polis Zionis menghalang puluhan penduduk Islam masuk atas alasan mereka telah disenarai-hitam.

Kenyataan Kementerian Wakaf Palestin menyebut bahawa kumpulan pelampau tersebut mula menceroboh masuk pada jam 7:30 pagi dan hanya berakhir pada jam 10:00 pagi, dengan dilindungi ketat oleh pasukan polis.

Sekitar 60 penduduk Islam, lelaki dan perempuan, dihalang masuk kerana disenarai hitam sebagai pencetus kekacauan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts