Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa, Penduduk Islam Dihalang Masuk

aqsa-1AL-QUDS, 7 Sep 2015 (Maan) — Pihak berkuasa Zionis hari ini menyekat puluhan penduduk Palestin daripada memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa, pada masa yang sama mengiringi pelampau Yahudi masuk meninjau masjid suci umat Islam itu. Tindakan ini berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kementerian Wakaf Palestin melaporkan bahawa tentera Zionis membina sekatan besi di pintu-pintu masuk dan menghalang wanita serta pemuda Palestin dariapda masuk. Semua penduduk Palestin yang dibenarkan masuk dipaksa menyerahkan kad pengenalan mereka kepada tentera.

Polis Zionis juga menghalang 45 orang wanita Palestin yang telah disenarai-hitam daripada memasuki masjid.

Dalam pada itu, lebih 70 orang pelampau Yahudi memasuki perkarangan masjid melalui Pintu Morokko dengan diiringi dan dikawal oleh pasukan polis bersenjata. Kumpulan Yahudi tersebut menjalankan upacara ritual keagamaan mereka di Pintu al-Rahma, di mana pihak polis menyekat pengawal masjid daripada menghalang upacara mereka.

Sejak tahun 1967, rejim Zionis telah bersetuju dengan Jabatan Wakaf, iaitu pihak yang bertanggungjawab ke atas Masjid al-Aqsa, bahawa kaum Yahudi tidak dibenarkan memasuki kawasan solat di masjid tersebut. Ritual Yahudi hanya dibenarkan di Tembok Ratapan.

Kebelakangan ini tentera Zionis secara kerap mengiringi dan mengawal Yahudi memasuki kawasan Al-Aqsa, menyebabkan kemarahan di kalangan para jamaah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts