Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa Untuk Persediaan Perayaan Purim

AL-QUDS, 3 Mac 2015 (Palinfo) — Beberapa kumpulan pelampau Yahudi yang dikawal ketat pasukan keselamatan khas telah melakukan pencerobohan ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah hari ini. Para jemaah cuba menghalang pencerobohan mereka dengan laungan takbir Allahu Akbar.

Para penceroboh merupakan ahli beberapa kumpulan pendatang Yahudi dan pertubuhan Zionis yang merancang pembinaan “Kuil Sulaiman” di masjid suci umat Islam itu.

Mereka turut membuat persediaan bagi merayakan hari Purim di Kota Lama al-Quds, serta menyeru penganut Yahudi menceroboh masuk secara besar-besaran ke dalam kawasan masjid dalam beberapa hari ini.

Latihan perarakan telahpun dilakukan di sekitar beberapa pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Mufti Besar Palestin dan al-Quds, Sheikh Mohamed Hussein, dalam kenyataan beliau meletakkan rejim Zionis sebagai bertanggung jawab sepenuhnya terhadap kesan tindakan pelampau Yahudi ini. Beliau juga menyeru semua penduduk Palestin yang boleh memasuki al-Quds supaya datang bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan yang didukung oleh polis Zionis itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts