Pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa, sambut Yom Kippur

BAITULMAQDIS, 19 Sep 2018 — Gerombolan pelampau Yahudi pagi tadi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di atas tapak suci umat Islam itu bagi menyambut perayaan Yom Kippur.

Mereka dikawal oleh pasukan polis Zionis, termasuk seorang anggota polis yang beberapa hari lalu berlegar di perkarangan masjid itu dengan membawa sebotol arak.

Kaum Yahudi meyambut Yom Kippur dengan berpuasa selama 24 jam, di mana mereka tidak boleh makan dan minum, mandi, mengenakan wangian atau minyak, memakai kasut kulit atau selipar, bahkan juga tidak dibenarkan bekerja.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis mengharamkan pemimpin Murabitat (wanita penjaga Masjid al-Aqsa) memasuki kawasan masjid dan mengarahkan beliau hadir ke pusat tahanan Qishleh untuk disoal siasat.

Semalam, tujuh orang ahli jemaah dan pekerja Jabatan Wakaf diharamkan memasuki Kota Lama Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

(PIC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts