Pelampau Yahudi fail permohonan guna semua pintu-pintu al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Jan 2018 — Mahkamah Tinggi Zionis hari ini dijangka membahaskan permohonan pendatang Yahudi supaya dibenarkan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui semua pintu-pintu yang ada di tapak suci itu, bukan hanya melalui Pintu al-Maghareebah.

Permohonan yang difail oleh parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan pelamau Yahudi itu turut mendesak supaya dibenarkan melakukan ritual di dalam perkarangan masjid.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, menjelaskan bahawa tapak suci umat Islam itu tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang Zionis. Masjid al-Aqsa, merangkumi seluruh kawasan dan tembok-temboknya adalah di bawah pengurusan dan undang-undang Pihak Berkuasa Wakaf Islam di Baitulmaqdis, yang bertanggunjawab kepada Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts