Pelampau Yahudi Ganda Pencerobohan Ke Atas Al-Aqsa

AL-QUDS, 20 Sep 2015 (PNN) — 43 orang pelampau Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa pagi ini, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis.

Provokasi terkini itu dilakukan selepas sebuah sekolah Ortodoks Yeshivat Makor Chaim membuat seruan supaya pelajar dan rabbi Yahudi melakukan pencerobohan secara lebih meluas. Sekolah tersebut mempunyai pelajar seramai 350 orang, yang sebelum ini aktif menyertai usaha menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa.

Berikutan dengan itu, pasukan bersenjata Zionis menghalang wanita Palestin dan penjaga masjid daripada memasuki kawasan Al-Aqsa, dan memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut bagi membenarkan kaum Yahudi masuk dengan mudah. Pelampau Yahudi juga mengadakan tunjuk perasaan di Pintu Al-Silsila, mendesak supaya lebih ramai Yahudi masuk untuk melakukan ritual agama di perkarangan masjid.

Sebuah pertubuhan wanita Yahudi turut memainkan peranan mereka dengan menyeru supaya diadakan “hari kesedaran” untuk memberi pendedahan tentang Bukit Haikal [Temple Mount – gelaran mereka ke atas perkarangan Masjid AL-Aqsa, kawasan yang mereka dakwa sebagai bekas tapak kuil mereka].

Keadaan di Al-Quds menjadi tegang kebelakangan ini apabila tentera Zionis menyerang dan menutup Masjid Al-Aqsa. Puluhan penduduk Palestin dilaporkan tercedera Jumaat lalu apabila tentera Zionis dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bertindak menghalang protes yang diadakan di serata Tebing Barat. Pertempuran masih lagi berlau di bandar-bandar di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts