GURUN NAQAB, 26 Ogos 2019 — Rejim Zionis bertindak menghentikan kerja-kerja pembinaan sebuah sekolah untuk masyarakat Badwi di Gurun Naqab selepas mendapat tekanan dari pertubuhan pelampau Yahudi, Regavim.
Kementerian Kewangan Zionis, yang memantau undang-undang perancangan dan pembinaan, telah mengeluarkan arahan berhenti kerja pembinaan sekolah menengah di perkampungan al-Zarnug itu.
Pertubuhan Regavim mendakwa pembinaan sekolah tersebut akan membuatkan “penempatan haram” [merujuk kepada perkampungan Arab Badwi yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis] masyarakat Badwi menjadi kekal. Rejim Zionis merancang untuk memaksa ribuan penduduk al-Zarnuq berpindah ke Rahat.
Pihak berkuasa daerah telah memulakan kerja pembinaan sekolah tersebut dengan jangkaan siap sebelum sesi persekolahan bermula.
Sesi baharu persekolahan akan bermula pada 1 September, sementara pelajar-pelajar di beberapa wilayah lain termasuk Gaza telah memulakan sesi baharu pada hari Ahad lalu.
(MEMO)