Pelampau Yahudi Kembali Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 17 Sep 2015 — Gerombolan pelampau Yahudi hari ini kembali menceroboh masuk Masjid Al-Aqsa dan berarak mengelilingi kawasan masjid dengan dikawal ketat oleh pasukan bersenjata Zionis.

Kira-kira 67 pendatang Yahudi menceroboh melalui Pintu Magharibah dengan dikawal oleh pasukan polis Zionis. Mereka cuba dihalang oleh para aktivis yang menjaga Masjid Al-Aqsa dengan laungan takbir Allahu Akbar sehinggalah mereka keluar melalui Pintu Silsilah.

Sebahagian besar daripada pelampau tersebut merupakan wakil golongan muda parti Likud yang memerintah, yang menceroboh masuk secara provokasi dengan menari dan menyanyi sambil mengambil gambar di hadapan Kubah As-Sakhra’. Sebahagian lagi melakukan ritual agama mereka dan menjerit-jerit bahawa kawasan itu adalah merupakan ibukota Yahudi.

Sejak awal minggu ini tentera Zionis menceroboh masuk dan menyerang pada jamaah di dalam Masjid Qibli di perkarangan Al-Aqsa bagi memberi laluan kepada pelampau Yahudi menceroboh masuk. Pencerobohan berterusan hingga beberapa hari, mencetuskan pertempuran di perkarangan masjid dan sekitar Al-Quds.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts