Pelampau Yahudi Masuk Masjid Ibrahimi, Para Jemaah Dihalang

AL-KHALIL, 7 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menghalang para jemaah memasuki Masjid Ibrahimi di Kota Lama Al-Khalil, manakala ribuan pelampau Yahudi diberi masuk bagi melakukan sebahagian daripada ritual upacara agama mereka di situ.

Yahudi memasuki kota tersebut secara berterusan sejak semalam, di mana lebih 4,000 orang dilaporkan masuk pada malam Jumaat dengan dikawal oleh gerombolan besar tentera.

Dua orang Yahudi dilaporkan tercedera ditembak berdekatan kawasan masjid tersebut, namun tiada tangkapan dibuat.

Pagi ini, tentera Zionis dikerahkan menaiki bumbung rumah-rumah penduduk Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi sebagai langkah untuk melindungi Yahudi yang hadir.

Terdapat juga laporan bahawa tentera Zionis secara tidak sengaja tertembak rakan mereka sendiri di kawasan al-Ras, di timur Masjid Ibrahimi. Jurucakap tentera Zionis mengesahkan insiden tersebut dengan mengatakan bahawa seorang askar tercedera dalam insiden “melepaskan tembakan secara tidak sengaja”.

Sejak peristiwa pembunuhan 29 orang ahli jemaah yang sedang mendirikan solat di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994, rejim Zionis telah membahagikannya menjadi dua bahagian di antara orang Islam dan kaum Yahudi. Bagaimanapun tentera Zionis masih menyekat para jemaah memasuki kawasan yang dipeuntukan kepada orang Islam. Bahkan rejim Zionis sering mengharamkan laungan azan di masjid suci itu.

Kini terdapat sekitar 500 orang pendatang Yahudi tinggal secara haram di Al-Khalil, di mana mereka dilindungi oleh lebih 1,000 orang askar Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts